Friday, December 23, 2011

Rahsia Ayat Pengasih

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 

 
Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39 (selepas tanda jim kecil)

Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini.

Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik. 

Untuk dapatkan ebook yang lengkap berkenaan ayat pengasih...KLIK SINI

Wednesday, November 23, 2011

Petua langsingkan badan bagi yang orang gemuk

 
GEMUK? satu perkataan yang agak menghinakan bagi segelintir mereka yang ada masalah ini. Aku sangat2 bersimpati dengan orang yang mengalami masalah2 seperti ini. Oleh itu, satu hari tahun lepas, aku duduk bertafakur memikirkan sesuatu. Sebelum ini aku buat banyak kajian tentang pemakanan dan senaman yang mampu mengawal kesihatan kita. 

Selain itu juga, aku menyusun beberapa buah resepi dan amalan khsusus serta senaman istimewa bagi mereka yang mengalami masalah ini. Insyallah sekiranya mereka ini benar2 serius untuk menguruskan badan ...pasti dalam masa 6 minggu sahaja... mereka akan mendapati tubuh gemuk itu sudah tiada !

Baiklah ... mari kita lihat dari segi pemakanan. apakah resepi minuman yang berkesan untuk memastikan lemak di tubuh diuraikan satu persatu setiap hari? Aku ada buat satu resepi yang pastinya berkesan untuk menghalang pembentukan lemak yang berlebihan dalam tubuh.

Bahan-bahannya :
Timun + limau kasturi + lobak merak.
-Blender ke tiga2 bahan tadi dan campurkan dengan iar masak satu gelas dan minum di sebelah pagi dan sebelah malam. atau pun setiap kali selepas makan. Anda boleh memilih salah satu dari cara tersebut.

Keduanya senaman khas.
anda boleh mengamalkan YOGA (sekarang telah diharamkan bg umat islam) dan Senaman Melayu.
-Pelajari dua cara senaman itu dengan teliti-

yang ketiga 'Air Istimewa'
Air masak yang disejukkan dalam suhu bilik.
bacakan

Bismillahirrahmaanirr rahiim 21 kali

Al-Fatihah 3x

Al-Falaq dan An Naas 1 kali

Ayat Qursyi satu kali

salawat 7 kali.

Niatkan dalam hati :

"Ya Allah berkati ayat2 suci -Mu ini, sederhanakan lah berat dan ketinggian tubuhku serta hilangkan lemak yang berlebihan dari tubuh ku dan sihatkan lah, perbaikilah bentuk rupaku dan sihatkanlah aku, Ya Khaliq, Ya Rabbul 'Alaminn....amin"

p/s **Untuk tips yang lebih lanjut untuk langsing, KLIK SINI

Friday, October 22, 2010

Rahsia Kebaikan Sedekah

Salam Jumaat semua.....=)


Adakah anda telah bersedekah untuk hari jumaat yang mulia ini?Secara umumnya hari yang paling baik dan utama untuk menghulurkan sedekah ialah hari Jumaat, kerana hari JUmaat merupakan penghulu hari-hari lain dalam seminggu dan mempunyai berbagai kelebihan. Bahkan, sesetengah ulama ada yang menyimpulkan kelebihan hari Jumaat mencapai seratus kelebihan sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam as-Suyuthi di dalam kitabnya “100 Kelebihan Hari Jumaat.” Salah satu yang dicatatkan di dalam kitab itu ialah: Hari Jumaat menjadi istimewa kerana pahala sedekah pada hari itu digandakan. Menurut Al-Imam As-Sayuthi: “Pahala sedekah pada hari Jumaat berlipat ganda berbanding sedekah pada hari lain.

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumul akhirah(hari perhitungan) .”

Sekadar untuk berpesan. Semoga ada manfaat.

P.S- Rajin-rajinlah bersedekah kerana sedekah dapat menarik rezeki daripada ALLAH. Kalau kita tidak kedekut, maka ALLAH pun pastinya ‘tidak kedekut’ dengan kita.

P.S.S- Anda juga boleh menambahkan ilmu bagaimana sedekah boleh menarik kekayaan kepada anda dengan mendapatkan ebook Rahsia Sedekah dan Rahsia Rezeki


Selamat Beramal dan Bersedekahlah Untuk Diri Sendiri...

Wassalam.

Sumber:http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-kebaikan-sedekah.